Ini Photography Workshop yang ke-3 dengan Saiful Nang, selepas Photomama Clinic & Photocamp
link Photocamp A
link Photocamp B
link Photocamp C
Kalau ikut, dah masuk 3 tahun saya berjinak dengan photography guna DSLR (note: bukan 3 tahun dalam bidang Photography. hanya ambil gambar guna DSLR). Terus terang kat sini, saya masih tak yakin yang gambar-gambar yang keluar adalah cantik dan sedap mata memandang. Punca masalah besar bagi saya dalam Photography ialah composition. Itu main problem sekarang!
Apa yang kami belajar kat Photomama Workshop Ahad lepas, adalah hampir sama macam Photocamp. Cuma Photocamp adalah lebih advanced. Kena bagi semua peserta dalam hall (dalam 30-40 orang) tengok gambar yang diambil sambil kena kritik trang-tang-tang takde cover2 punya. Tapi, dari situ kita belajar kesilapan. Tak diketuk, tak jalan…betul kan.
Cuma pendekatan Photomama ni lagi best. Sebab santai dan peserta tak ramai. Jadi, komunikasi antara peserta dengan SN agak rileks dan takde lah nak berebut-rebut tanya. Ada satu yang baru saya belajar dari Photomama Workshop yang tak ada kat Photocamp. Satu subjek, 10-13 Photographers. Masa kat Photocamp dulu, kami ada storyboard..maka ada seorang kena assigned untuk ambil scene tertentu. Yang lain cuma sekadar duduk tengok atau cuba ambil gambar juga tapi takde sampai ganggu yang ‘tukang ambil gambar scene tersebut’. Tapi kat Photomama, semua serbu satu subject (Seri). Semua kerumun nak ambil shot yang sama. Yang tak ke depan ambil peluang (aku le tu!!), ketinggalan le nak dapatkan gambar yang cantik sebab masa saya ada peluang ke depan…masa tu lah Seri dah nangis.

Semua gambar yang ada dalam kamera, semuanya Seri menangis. Nampak sangat aku takde seri kat mata Seri =p. Oh, saya menggigil pegang newborn, gaya macam tak pernah beranak je Jua nih.
Dari situ, saya belajar yang kita kena pandai cari ruang dalam ramai-ramai tu supaya kita dapat gambar yang terbaik. Kalau sekadar bagi peluang kat orang lain, end up kita tak dapat apa..buat penat angkut kamera je (aku jugak le tu!!)

Ada satu lagi Photomama Workshop macam ni this 4th September, sila lawati SNAP. Btw, gambar Seri yang bawah ni adalah tidak sama dengan gambar Seri B&W kat atas.

Like this post?










