Crazy kah kau Jua? Kau biar betul? Buang tebiat ek Jua?
Kali terkahir tidur dengan mak abah, mak dan saya tidur atas katil..abah tidur sebelah katil kat lantai lapik toto adalah 2 tahun lepas. Heaven!!! Macam tak percaya sudah umur 25tahun masa tu, mak abah masih redha anak dah tak dara mereka tidur sebilik.
Tiba-tiba rasa nak tidur sekali dengan mak abah sepanjang balik Tronoh ni. Sangat-sangat terasa nak! Lebih lagi terasa nak sebab suami takde sebelah teman tidur. Bila suami ada sekali, memang tak malu ah kalau tinggal suami dan tidur dengan mak abah. Ini adalah peluang yang sangat emas.
Sebenarnya, nak tidur dengan mak abah bukan sebab saya manja. Saya bukan anak manja. Saya nak tidur dengan mak abah sebab cuaca malam-malam terlampau panas sampai baru saja lepas mandi seminit dah basah ketiak balik. Bilik mak abah ada aircond, nyaman nok. Bilik saya cuma ada kipas, tak berani buka tingkap takut lipas besar yang suka terbang masuk ikut tingkap. Durjana kau lipas!!
Kali terakhir tidur dengan mak 2 tahun lepas tu pun sebab ada Faris. Sumpah adik-adik macam dengki tahap langit ke-tujuh sebab saya dapat tiket VIP tidur dengan mak abah masa pantang. Masuk tak bagi salam, tarik comforter dan terus berdengkur. Bagus Faris, tak tahan panas….mama tumpang rezeki, mama pun tak tahan panas.
Kalau guna alasan Faris tak tahan panas kali ni, naya ah. Sah-sah kena kick out terus sebab Faris je dapat tiket VIP, mama dia boleh berambus tidur bilik sendiri.
nota hujung entry: tadi Faris dah masuk dapat VIP seat. Saya terbongkang kat dalam bilik. Agak-agak terlampau basah ketiak, aku tak peduli apa dah. Sila faham sendiri.
Related posts:
- Kena tepet dengan Abah oklah..Fine! Fine! Saya mengaku ah saya ni ketinggalan keretapi. Saya...
- Tidur pun nak menjawab Aktiviti main dan layan Faris akhir-akhir ni boleh sebabkan kanser...
- Dia tidur sorang-sorang Saya sudah ada kekuatan nak lepaskan anak lelaki tidur sendirian....
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Like this post?







10/02/2010 at 3:15 am Permalink
sweetnya..
oh ya, good luck with your interview!

zuhaini´s last blog ..Are we slowing down?
10/02/2010 at 7:31 am Permalink
hihihihi… i kali terakhir tidur dgn mak bapak time dlm pantang… hubby pulak takde…so tido la sebelah mak…hakhak….
takpe jua, tidor jek selagi bole…
good luck dear for ur interview!!!


fizamior´s last blog ..My 28th Birthday Celebration